Tuesday 2 July 2019

MINGGU PERTAMA



Kami menjalankan aktiviti suai kenal bersama pensyarah Pengajian Malaysia kami , iaitu Nurul Hana Bt Abd Nasir. Kami juga perlu memperkenalkan diri secara individu . Selepas itu, kami diterangkan tentang subjek Pengajian Malaysia oleh Miss Hana . Miss Hana menerangkan tentang tugusan untuk membuat sebuah blog yang terdiri daripada 4 atau 5 orang setiap kumpulan . Kami pelajar baru yang belum lagi didedahkan dengan penghasilan blog , yang kini semakin ramai mengejar impian untuk menjadi seorang blogger yang terkenal . Kami agak terkejut dengan tugasan yang diberikan tetapi dengan bantuan dan tunjuk ajar Miss Hana kepada kami , kami mula faham dan tercetus idea-idea untuk membuat sebuah blog yang menarik tentang Pengajian Malaysia . 


Selepas penerangan tersebut, Miss Hana memulakan pembelajaran tentang Latar Belakang Sejarah Awal Negara. Sebelum itu, Miss Hana membuat aktiviti quiz secara berkumpulan yang memerlukan gadjet setiap individu iaitu telefon kerana quiz tersebut dijalankan secara online di laman web. Dengan aktiviti tersebut, kami dapat mengingati kembali pembelajaran subjek Sejarah di sekolah dahulu .




DISEDIAKAN OLEH : AININ AFRIN BINTI NURULFAEZI
NO. MATRIK : 30DIB19F1025

No comments:

Post a Comment