Tuesday, 3 September 2019

MINGGU KELAPAN


Pada 16 Mei 1969 Tunku Abdul Rahman menasihatkan YDPA untuk mengisytiharkan darurat berdasarkan perkara 150 Perlembagaan Persekutuan Malaysia. YDPA diberi kuasa yang luas ke atas hal keselamatan awam, pertahanan dan kententeraman awam, perbekalan dan perkhidmatan. Kuasa Eksekutif Persekutuan diberikan kepada Timbalan Perdana Menteri iaitu Tun Abdul Razak Hussein. 


Pada minggu ini, kami membincangkan isu Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan sejarah yang hitam dan pahit dalam hubungan antara kaum dalam negara kita. Percubaan memperkenalkan Akta Bahasa Kebangsaan 1967, telah melahirkan bibit perkauman sehingga terbawa-bawa dalam pilihan raya 1969. Perjalanan kempen dipenuhi isu-isu perkauman dan isu sensitif seperti bahasa, agama dan kedudukan istimewa orang Melayu. Selain itu, ketidakseimbangan ekonomi juga antara penyebab peristiwa 13 Mei. Orang Melayu merasa bimbang dan tidak selamat terhadap jurang perbezaan antara mereka bukan Melayu terutama dalam pendidikan dan ekonomi.




Gambar yang dipaparkan di atas adalah salah satu Penunjuk Perasaan dengan anggota polis telah berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong susulan protes yang menyebabkan hab pengangkutan itu terjejas. Pergaduhan berlaku antara dua pihak tersebut selepas salah seorang penunjuk perasaan yang cedera dibawa keluar dari terminal utama oleh pasukan perubatan. Terdapat beberapa kenderaan polis disekat oleh peserta protes, memaksa polis anti-rusuhan untuk bertindak dan menolak beberapa penunjukan perasaan termasuk menggunakan semburan lada. Para pununjuk perasaan turut menyekat beberapa laluan di lapangan terbang tersebut dengan troli bagasi serta objek lain. 





Disediakan oleh: Nur Syahirah binti Zainuddin
No. Matrik : 30DIB19F1027