Saturday 12 October 2019

Minggu ke-12

MINGGU KE-12



Pada minggu ini , 3 kumpulan telah ditugaskan untuk membentang tajuk-tajuk yang telah disediakan . Kumpulan yang pertama telah membincangkan tentang OIC .
OIC iaitu Pertubuhan Kerjasama Islam merupakan satu pertubuhan antarabangsa di kalangan negara-negara Islam yang mempunyai delegasi tetap ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) . Organisasi ini  terdiri daripada gabungan 57 negara-negara Islam seluruh dunia .
 Negara-negara ini telah membuat keputusan untuk memgumpulkan sumber mereka bersama-sama bergabung bersatu tenaga dan suara untuk melindungi kepentingan dan memastikan kemajuan dan kebajikan umat Islam di seluruh dunia .


Seterusnya , kumpulan kedua membentangkan tajuk Komanwel . Komanwel merupakan satu persatuan secara sukarela yang melibatkan negara-negara berdaulat yang berdaulat yang ditubuhkan atau pernah dijajah oleh pihak Britisah kecuali Mozambique (bekas jajahan Portugis) dan Rwanda (bekas jajahan Belgium) . 


Kumpulan ketiga pula telah mengupas tajuk PBB . PBB ditubuhkan selepas perang dunia ke-2 . Ibu pejabat asalnya di San Francisco tetapi telah dipindahkan ke New York pada tahun 1946 sehingga kini . Peranan PBB ialah menghapuskan dasar apartheid , membangunkan negara-negara mundur , menyelesaikan masalah pelarian , menyelesaikan konflik anatarabangsa dengan aman , membantu negara mangsa perang dan mengawal perkembangan persenjataan moden .