Tuesday 23 July 2019

MINGGU KEEMPAT



Pada minggu ini, kami memulakan pembelajaran dengan bermain kuiz yang disediakan oleh Miss Hana untuk mengimbas dan mengingati semula topik bab 1. Dengan cara ini juga, dapat menguji minda kami sama ada kami faham dan ingat atau tidak tentang topik pembelajaran yang lepas.

Selepas selesai bermain kuiz, Miss Hana meneruskan pengajarannya tentang bab 2, iaitu Perlembagaan Malaysia.


Perlembagaan merupakan prinsip-prinsip asas yang menentukan cara sesebuah negeri itu diasaskan dan diperintah seperti yang termaktub dalam undang-undang, adat atau peraturan yang lazim dipakai. Perlembagaan merupakan sumber undang-undang tertinggi sesebuah negara.

2.2 Sejarah Penggubalan Perlembagaan

Ciri-ciri perlembagaan persekutuan

Sebelum tamat masa pembelajaran, kami perlu menjawab kuiz bab 1,  iaitu Sejarah Awal Negara dalam bentuk objektif sebanyak 10 soalan. Alhamdulillah kami dapat menjawab semua soalan dalam masa yang ditetapkan. Dengan bermain kuiz sebelum bermulanya pembelajaran tadi, kami dapat mengaplikasikannya semasa menjawab kuiz objektif.




DISEDIAKAN OLEH : NUR SYAHIRAH BINTI ZAINUDDIN
NO. MATRIK : 30DIB19F1027

No comments:

Post a Comment