PENGENALAN
Seiring kepesatan teknologi dan gaya hidup yang semakin maju, minda dan perilaku masyarakat juga berubah. Masyarakat harini lebih banyak meluang masa di laman sosial, ditambah pula kecanggihan peranti dan gajet menjadikan mesej mampu disampaikan secara pantas. Viral antara satu fenomena yang semakin mudah tersebar . Dengan hanya memetik satu kekunci, kita berupaya tergolong sebagai penyebar maklumat yang kadang kala . diragui keahihannya. Golongan muda tidak berkecuali sebagai ejen penyebar mesej tersebut. Aplikasi sosial yang popular seperti Facebook, Twitter, Instagram dan Whatsapp adalah medium yang sering digunakan dan mempunyai ramai pengguna berdaftar di Malaysia berbanding beberapa aplikasi lain dalam menggalakkan fenomena ini merebak. Sungguhpun isu viral banyak dilihat dari sudut negatif. Namun ada juga sisi positif yang membawa kebaikkan. Pendapat ini dinyatakan Timbalan Perdana Menteri di jabatan perdana menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dalam kolumnya di ruangan Cetusan-Sinar Harian pada 24 Februari yang lalu. Beliau berpendapat, amat dangkal jika ada yang mengeluh marah dengan aplikasi media sosial ini atau ingin sewenangnya mencadang mengharamkan terus penggunannya. Menurutnya, pelbagai media sosial kini hanyalah alat yang bolen dimanfaatkan untuk kebaikkan atau sebaliknya. Analoginya seperti bilah yang boleh sahaja diguinakan untuk perbuatan mungkar seperti membunuh dengan cara yang tidak sah ataupun dimanfaatkan untuk kebaikkan seperti memotong daging yang disedekahkan kepada yang memerlukannya. Tambahnya, Aplikasi media sosial seperti Facebook, Whatsapp, Instagram dan Telegram, boleh sahaja digunnakan untuk penyebaran ilmu dan dakwah hingga seseorang itu mampu mengumpul amal jariah yang berterusan sehingga Hari Kiamat walaupun jasadnya sudah mati. Sebaliknya jika aplikasi media sosial hari ini dijadikan alat penyebaran berita-berita tidak benar mahupun maklumat-maklumat berupa fitnah atau ghibah, nescaya kita boleh terjerumus dalam kancah dosa-dosa jariah atau istilah yang digunakan oleh Imam Al-Ghazali saebagai maksiat jariah.
OBJEKTIF PENULISAN
Satu perkataan yang besar dan semakin mendapat tempat dalam kehidupan tamadun komunikasi moden masa kiniBerasal dari perkataan VIRUS- sudah tentu minda manusia akan terfikir akan bahaya yang boleh merebak kepada manusia lain secara pantas.Viral dari aspek komunikasi: satu kuasa aliran komunikasi elektronik yang disebarkan secara pantas dan meluas secara interpersonal.
KEBAIKKAN
Viral juga mempunyai kebaikannya. Antaranya ialah berita mengenai bantuan dapat disebarkan dengan cepat dan pantas. Untuk memudahkan pihak yang berkuasa menjalankan tugas mereka dengan bukti yang kukuh dan tepat.
KEBURUKKAN
Selain kebaikan, kita juga tidak di hindari dengan keburukan viral. Keburukan viral amatlah memberangsangkan dan dapat menimbulkan fitnah serta perbalahan. Keburukan viral kebanyakkannya daripada penyebaran berita-berita palsu.
FAKTOR
Terdapat beberapa faktor yang membawa kepada tercetusnya isu viral terutamanya di media sosial seperti facebook, Instagram, twitter dan lain lain. Antaranya adalah berpunca dari diri individu yang pentingkan diri sendiri demi kepentingan dan kebaikan diri sendiri tanpa memikirkan kesan atau impak kepada orang lain. Selain itu, sikap individu yang suka menjatuhkan orang lain atau memfitnah. Individu seperti ini melakukan sesuatu tindakan tanpa mempedulikan perasaan orang lain yang mendapat kesan dari isu yang diviralkan.
Seterusnya, antara faktor lain berlakunya isu viral adalah disebabkan oleh tiada pemantauan penggunaan internet khususnya para remaja semasa menggunakan media sosial. Hal ini perlu dititikberatkan oleh golongan ibu bapa supaya anak mereka tidak terlibat dengan aktiviti yang tidak bermoral.
Di samping itu, sikap individu yang mudah percaya akan berita yang baru tersebar tanpa memikirkan kesahihan isu yang diviralkan. Terdapat juga individu yang taksub untuk menjadi penyampai pertama di media sosial sehingga tidak menkaji isu yang ingin diviralkan sama ada betul atau tidak. Oleh itu, sebagai seorang pengguna laman sosial yang bijak, kita hendaklah menapis dahulu berita-berita yang diperoleh sebelum berkongsi dengan orang lain di media sosial bagi mengelakkan isu yang diviralkan menjatuhkan air muka orang lain dan sentiasa berfikiran positif dengan apa sahaja berita yang diterima.
Hal ini sememangnya dilarang di dalam Islam, kerana ia adalah fitnah dan hukumnya berdosa besar. Allah S.W.T memberi amaran keras terhadap manusia yang melakukan fitnah terhadap manusia lain di dalam Al-Quran menerusi ayat (Al-Baqarah 2:17).
CARA MENGATASI VIRAL DAN FITNAH
Pihak berkuasa perlu bertindak terhadap Individu atau pihak yang menyebarkan berita palsu dan fitnah, jatuh di bawah akta komunikasi dan multimedia 1998 pihak berkuasa boleh bertindak ke atas individu ataupun pihak yang sengaja meyebarkan berita palsu di media social demi kepentingan peribadi mereka.
Ibubapa juga perlu memantau kegiatan anak-anak di media sosial, supaya tidak terjebak ke kancah viral dan fitnah. Ibubapa perlulah lebih peka dan prihatin terhadap aktiviti anak-anak mereka di ruang media sosial pada setiap hari.
Setiap individu perlu bijak menapis berita-berita tertentu sebelum berkongsi dan menyebarkan berita tersebut. Dalam era ledakan maklumat pemilik-pemilik akaun mudah untuk berkongsi maklumat yang mereka dapat di media sosial, jadi mereka perlulah lebih berjati-hati dan bertanggunjawab ke atas berita yang mereka sebarkan kepada orang ramai.
KESIMPULAN
Setiap individu atau sesuatu pihak mestilah bertanggungjawab terhadap beirta yang ingin mereka sebarkan kepada orang ramai. Hal ini kerana setiap berita atau maklumat yang disampaikan mudah tersebar di zman teknologi serba canggih ini. Pemikiran yang rasional dan waras serta tindakan yang bijak oleh seseorang individu yang menggunakan media sosial amat perlu dalam hal sebegini.
TRIMA KASIHHH
AHLI KUMPULAN :
ERSALINA EM DJOHANNE
AININ AFRIN NURULFAEZI