Saturday 12 October 2019

Minggu ke-12

MINGGU KE-12



Pada minggu ini , 3 kumpulan telah ditugaskan untuk membentang tajuk-tajuk yang telah disediakan . Kumpulan yang pertama telah membincangkan tentang OIC .
OIC iaitu Pertubuhan Kerjasama Islam merupakan satu pertubuhan antarabangsa di kalangan negara-negara Islam yang mempunyai delegasi tetap ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) . Organisasi ini  terdiri daripada gabungan 57 negara-negara Islam seluruh dunia .
 Negara-negara ini telah membuat keputusan untuk memgumpulkan sumber mereka bersama-sama bergabung bersatu tenaga dan suara untuk melindungi kepentingan dan memastikan kemajuan dan kebajikan umat Islam di seluruh dunia .


Seterusnya , kumpulan kedua membentangkan tajuk Komanwel . Komanwel merupakan satu persatuan secara sukarela yang melibatkan negara-negara berdaulat yang berdaulat yang ditubuhkan atau pernah dijajah oleh pihak Britisah kecuali Mozambique (bekas jajahan Portugis) dan Rwanda (bekas jajahan Belgium) . 


Kumpulan ketiga pula telah mengupas tajuk PBB . PBB ditubuhkan selepas perang dunia ke-2 . Ibu pejabat asalnya di San Francisco tetapi telah dipindahkan ke New York pada tahun 1946 sehingga kini . Peranan PBB ialah menghapuskan dasar apartheid , membangunkan negara-negara mundur , menyelesaikan masalah pelarian , menyelesaikan konflik anatarabangsa dengan aman , membantu negara mangsa perang dan mengawal perkembangan persenjataan moden .

Thursday 10 October 2019

JENIS-JENIS SEKOLAH DI MALAYSIA











MINGGU KE-13

KONSEP PENCEMARAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR.

Terdapat 9 jenis konsep yang telah kami memperlajari, antaranya ialah;
  • Penghutanan semula.
  • Mewartakan hutan simpan dan Negara.
  • Penanaman berteres.
  • Tanaman tutup bumi.
  • Penggunaan baja organik. 
  • Kaedah biologi.
  • Pertanian tetap.
  • Melandaikan cerun dan membuat tarahan.
  • Pembinaan tembok konkrit dan longkang konkrit.

PRINSIP PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR.
  • Penjagaan alam sekitar.
  • Pemuliharaan kesuburan tanah dan kualiti alam sekitar.
  • Kepentingan terhadap persepaduan dalam pelbagai aspek untuk mewujudkan kualiti alam sekitar.
  • Iltizam dan akauntabiliti terhadap kualiti alam sekitar.
  • Penentuan tentang kesesuaian dan keberkesanan pengguna sumber-sumber asli.
  • Penglibatan aktif di peringkat antarabangsa.
STRATEGI PENGURUSAN PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR.
  • Kualiti udara.
  • Kualiti sungai.
  • Bahan dan sisa berbahaya.
  • Sumber tenaga dan mineral.
  • Sumber pantai dan laut.
SISTEM PENDIDIKAN
  • Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah memperkembangan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan dari serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.






Disediakan Oleh: AININ AFRIN BINTI NURULFAEZI
No. Matriks: 30DIB19F1025