Tuesday 24 September 2019

MINGGU KE-11


Pada minggu ini, kami perlu membuat perbentangan tentang tajuk yang telah diberikan oleh Miss Hana pada minggu lepas. Tajuk yang diberikan kepada kumpulan kami ialah Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Sebelum membuat perbentangan, kami telah membuat sedikit persiapan agar perbentangan berjalan dengan lancar dan mudah untuk kami menerangkan kepada rakan sekalas kami.











 Ini ialah slide yang telah disediakan untuk membantu kami menerangkan lebih mudah dan terperinci dalam tajuk ini.

Semasa membuat perbentangan, Miss Hana akan menyelitkan beberapa soalan kepada kami untuk kami menjawab dan mengaitkan jawapan tersebut dengan tajuk yang diterangkan.

Selepas kami membuat perbentangan, terdapat dua kumpulan lain yang seterusnya menyambung topik perbentangan yang diberikan .


 Kumpulan ini menerangkan tentang topik Belia Negara. Dasar Pembangunan Belia Negara dirancang untuk melahirkan generasi belia yang berpotensi untuk menyumbang kepada pembangunan negara . Dasar ini diwujudkan adalah untuk memastikan keupayaan belia menggembleng kekuatan, ketahanan pembangunan sosial, ekonomi dan politik negara.





DISEDIAKAN OLEH : NUR SYAHIRAH BINTI ZAINUDDIN
NO. MATRIK : 30DIB19F1027






Tuesday 17 September 2019

MINGGU KE-10

PEMBENTANGAN TENTANG DASAR BELIA NEGARA


pada minggu ini, kumpulan Fillea telah membentangkan tentang Dasar Ekonomi Negara.
kami difahamkan pada tahun 2020, Syed Saddiq iaitu menteri belia dan sukan telah menetapkan umur belia adalah dari umur 15 tahun hingga 30 tahun.





































Tuesday 10 September 2019

MINGGU KE-9

DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL (DPN)
LATAR BELAKANG:
Tahun 1990 menandakan berakhirnya Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama dan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dalam tempoh pelaksanaan DEB (1971-1990), ekonomi Malaysia telah berkembang dengan pesatnya walaupun menghadapi pelbagai cabaran. Sesuatu yang tidak boleh disangkal adalah walaupun pencapaian DEB bukanlah satu kejayaan yang menyeluruh namun banyak kejayaan yang telah dicapai. Jelas bahawa proses socio economic engineering DEB ini memerlukan masa yang lebih lama daripada apa yang telah diperuntukkan dengan mengambil kira kesan-kesan daripada pergolakan dunia amnya.

OBJEKTIF:
Perpaduan negara akan terus menjadi matlamat terakhir DPN kerana masyarakat yang bersatupadu adalah penting untuk memperkukuhkan lagi kestabilan sosial dan politik dan mengekalkan pembangunan ekonomi yang berterusan. DPN menetapkan satu langkah ke arah membolehkan Malaysia mencapai taraf sebuah negara yang maju dalam semua segi iaitu dari segi keadilan sosial, nilai, etika dan  moral, kestabilan politik, kualiti hidup, kecekapan pentadbiran kerajaan dan kecemerlangan ekonomi.


STRATEGI PELAKSANAAN:
  1. Mewujudkan keseimbangan yang optimum di antara matlamat pertumbuhan ekonomi dengan pengagihan yang saksama.
  2. Memastikan pembangunan yang seimbang bagi sektor-sektor utama ekonomi untuk meningkatkan daya saling melengkapi antara sektor bagi mengoptimumkan pertumbuhan.
  3. Menggalak dan memperkukuhkan integrasi nasional dengan mengurangkan jurang ketidakseimbangan yang luas dalam pembangunan ekonomi antara negeri dan antara kawasan bandar dan luar bandar.

PROGRAM PELAKSANAAN:
Hasil pencapaian yang berkualiti dan berkekalan Pendekatan yang lebih terpilih akan dibuat dengan mengambil kira keperluan untuk mencapai hasil yang berkualiti dan berkekalan. Dalam proses menghapuskan kemiskinan di kalangan golongan termiskin dan juga mengurangkan ketidakseimbangan, penekanan akan diberikan kepada aspek-aspek pendidikan dan latihan sebelum bantuan diberikan.

PENUTUP:
Seperti DEB, DPN akan meneruskan usaha-usaha mengurangkan ketidakseimbangan ekonomi bukan sahaja di kalangan kaum etnik tetapi juga di antara golongan kaya dan miskin dan antara wilayah. Ketidakseimbangan ekonomi ini akan dapat dikurangkan berasaskan prinsip pembangunan seimbang dan pengagihan yang saksama untuk mencapai keadilan sosial dan memperkukuhkan perpaduan negara.

Disediakan Oleh: AININ AFRIN BINTI NURULFAEZI
No. Matriks: 30DIB19F1025

Tuesday 3 September 2019

MINGGU KELAPAN


Pada 16 Mei 1969 Tunku Abdul Rahman menasihatkan YDPA untuk mengisytiharkan darurat berdasarkan perkara 150 Perlembagaan Persekutuan Malaysia. YDPA diberi kuasa yang luas ke atas hal keselamatan awam, pertahanan dan kententeraman awam, perbekalan dan perkhidmatan. Kuasa Eksekutif Persekutuan diberikan kepada Timbalan Perdana Menteri iaitu Tun Abdul Razak Hussein. 


Pada minggu ini, kami membincangkan isu Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan sejarah yang hitam dan pahit dalam hubungan antara kaum dalam negara kita. Percubaan memperkenalkan Akta Bahasa Kebangsaan 1967, telah melahirkan bibit perkauman sehingga terbawa-bawa dalam pilihan raya 1969. Perjalanan kempen dipenuhi isu-isu perkauman dan isu sensitif seperti bahasa, agama dan kedudukan istimewa orang Melayu. Selain itu, ketidakseimbangan ekonomi juga antara penyebab peristiwa 13 Mei. Orang Melayu merasa bimbang dan tidak selamat terhadap jurang perbezaan antara mereka bukan Melayu terutama dalam pendidikan dan ekonomi.




Gambar yang dipaparkan di atas adalah salah satu Penunjuk Perasaan dengan anggota polis telah berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong susulan protes yang menyebabkan hab pengangkutan itu terjejas. Pergaduhan berlaku antara dua pihak tersebut selepas salah seorang penunjuk perasaan yang cedera dibawa keluar dari terminal utama oleh pasukan perubatan. Terdapat beberapa kenderaan polis disekat oleh peserta protes, memaksa polis anti-rusuhan untuk bertindak dan menolak beberapa penunjukan perasaan termasuk menggunakan semburan lada. Para pununjuk perasaan turut menyekat beberapa laluan di lapangan terbang tersebut dengan troli bagasi serta objek lain. 





Disediakan oleh: Nur Syahirah binti Zainuddin
No. Matrik : 30DIB19F1027