Tuesday 27 August 2019

DASAR EKONOMI BARU



DISEDIAKAN OLEH : NUR SYAHIRAH BINTI ZAINUDDIN
NO. MATRIK : 30DIB19F1027

MINGGU KETUJUH



Pada minggu ketujuh , kami sekelas menonton filem Tanda Putera kerana 
Miss Hana mengalami kesukaran untuk bercakap kerana sakit tekak .
Walaupun Miss Hana kurang sihat , dia tetap menjalankan sesi pembelajaran .
Miss Hana amat memanfaatkan masa yang ada kerana menjalankan pembelajaran secara kreatif iaitu secara visual dengan menonton filem . Aktiviti ini juga dapat dikaitkan dengan hari kemerdekaan yang disambut oleh rakyat Malaysia pada 31 Ogos setiap tahun sejak 1957.


Selain itu , Miss Hana juga memberikan beberapa soalan kepada kami agar kami lebih memahami filem tersebut . Hasil darpada aktiviti pada minggu ini , pelajar dapat meningkatkan kefahaman masing-masing tentang cabaran untuk mendapatkan kemerdekaan negara dan dapat memupuk semangat patriotik dalam diri .

DISEDIAKAN OLEH : PUTERI NUR HAZIERA BINTI SAHRUM
NO MATRIK : 30DIB19F1028

Tuesday 20 August 2019

ISU PERKAUMAN


PERHIMPUNAN ANTI- KHAT "LITTLE INDIA" DI BREAKFIELDS 


Kementerian Pendidikan Malaysia akan meneruskan perlaksanaan tulisan khat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 4 pada tahun depan 

kementerian dalam satu kenyataan pada 2 Ogos lalu berkata perlaksanaan itu akan mengambil kira pendekatan penyampaian yang lebih mudah difahami dan tidak membebankan murid dan guru 



  





perhimpunan membantah penggunaan khat didalam buku teks berlaku di breakfields pada 27 Ogos lalu, seramai 500 peserta pada pukul 7 petang. perhimpunan itu dapat dibendung oleh Ketua Daerah Breakfields dan polis menahan dua individu  untuk dirakam keterangan berhubung dengan perhimpunan Bantahan Tullisan Khat di Sekolah Tamil di Little India, Breakfields.




KELAB ANTI-KHAT 






DISEDIAKAN OLEH : ERSALINA BINTI EMDJOHANNE
NO. MATRIK : 30DIB19F1017

MINGGU KEENAM

BAB 6:  PEMBENTUKKAN MASYARAKAT MAJMUK



Pada bab ini Miss Hana, cerita tentang pembentukkan masyarakat majmuk di Malaysia. Kami dfahamkan semasa waktu penjajahan British dan Jepun, ramai buruh dari China datang untuk melombong bijih timah manakala buruh dari India datang untuk menoreh getah. Pada hari ini, masyarakat majmuk di malaysia terjadi secara tidak sengaja.

PENGENALAN

Masyarakat majmuk memang sinonim dengan  Malaysia sebagai sebuah negara yang bercirikan pelbagai kaum dan juga identiti. Terdapat lebih 80 kaum di seluruh Malaysia. Daripada keseluruhan bangsa tersebut terdapat tiga bangsa yang paling utama iaitu Melayu, Cina  dan India. Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari  Perlis hinggalah ke Sabah. Kepelbagaian kaum dan etnik inilah maka wujud pula kepelbagaian budaya, bahasa , agama dan adat resam. Corak perubahan rakyat Malaysia ini berlaku  disebabkan oleh perubahan masa dan keadaan seperti yang berlaku pada perubahan struktur politiknya, sebelum abad ke 18 dan ke 19. Pada hari ini, masyarakat majmuk di malaysia terjadi secara tidak sengaja.


KAUM MELAYU


  • Ø Orang Melayu boleh ditafsirkan sebagai penduduk asal Tanah Melayu di mana nenek moyangnya datang dari Indo-China atau Yunnan lebih 3500 tahun dahulu. Namun penduduk Melayu kini sebenarnya lebih ramai ekoran kemasukan beberapa lagi kelompok masayarakat Melayu dari kepulauan lain ke Tanah Melayu
  • -Sebelum zaman penjajahan, kegiatan ekonomi utama masyarakat Melayu ialah perdagangan. Perdagangan utama ialah melalui sungai-sungai utama di negeri Melayu. Justeru itu, kerajaan-kerajaan Melayu tradisional lebih tertumpu di tepi-tepi sungai.
-Sejak abad ke-9 lagi telah berlaku penghijrahan beramai2 masyarakat Melayu Indonesia ke Tanah Melayu. Penghijrahan ini berlaku ekoran kedudukan ekonomi, politik dan sosial yang mampu menjamin keselesaan mereka.                                                                        
  • -Penguasaan ekonomi orang Melayu terhadap sektor ekonomi negeri masing-masing semakin berubah dan merosot setelah campur tangan British dalam hal-ehwal politik tempatan. Kemasukan buruh-buruh asing juga telah mengubah struktur ekonomi masyarakat Melayu.

KAUM CINA

Penghijrahan masuk masyarakat Cina secara beramai-beramai berlaku selepas pengambilan Pulau Pinang oleh British dari tangan Sultan Kedah pada tahun 1876, pengambilalihan Singapura dari tangan Sultan Johor pada tahun 1819 dan selepas penubuhan Negeri-negeri Selat pada tahun 1826.

-Kebanyakan masyarakat Cina berasal dari Wilayah Kwangtung dan Tukuin serta dari daerah Amoy, sen-Yu, Hok-Chiu, Eng-Chon dan lain-lain.

-Pada peringkat awal, buruh-buruh Cina bertumpu di tapak2 perlombongan awal seperti di Lukut dan Sungai Ujong. Penghijrahan semakin pesat sejajar dengan perkembangan aktiviti perlombongan.

-Catatan menunjukkan menjelang tahun 1870, bilangan masyarakat Cina di Sungai Ujong hampir 10,000 orang dan di Larut Perak pada tahun 1873 terdapat seramai 40,000 orang.


KAUM INDIA


-Walaupun kedatangan buruh India ke Tanah Melayu hanya ketara pd abad ke 19 dan ke 20, sebenarnya hubungan antara India dengan Semenanjung Tanah Melayu telah berlaku lebih awal lagi.

-Hubungan terawal telah bermula sejak abad pertama Masihi apabila penganut Hindu-Buddha menyebarkan agama mereka di Nusantara. Hubungan seterusnya kelihatan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka apabila pedagang2 India berniaga di pelabuhan Melaka.

-Penghijrahan masyarakat India ke Tanah Melayu berlaku secara besar-besaran mulai tahun 1840-an. Kebanyakan buruh India datang dari selatan India. Buruh2 India bermula sebagai pekerja di ladang2 tebu dan kopi di Seberang Prai.

-Tumpuan masyarakat India ini ialah di kawasan2 utama penanaman getah di Perak, Selangor dan Negeri Sembilan. Catatan menunjukkan dari tahun 1900 hingga 10 tahun kemudiannya, seramai 48,000 buruh India telah berhijrah ke Tanah Melayu

-Angka ini meningkat secara mendadak 10 tahun kemudiannya, iaitu antara tahun 1911 hingga 1920 apabila dianggarkan seramai 908,000 buruh India berhijrah ke Tanah Melayu.
-

DISEDIAKAN OLEH:
ERSALINA EM DJOHANNE
30DIB19F1017

Tuesday 6 August 2019

SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA

PERSEMPADANAN PILIHAN RAYA



CIRI-CIRI CALON PILIHAN RAYA

MINGGU KELIMA




Minggu ini, kami diberi tunjuk ajar untuk membuat video dengan munggunakan aplikasi Pawtoon dan diberi tugusan untuk membuat sebuah video secara individu tentang SPR. Miss Hana menunjukkan hasil-hasil video yang dibuat oleh senior agar kami lebih faham dan mendapat ilham untuk membuat video yang kreatif dan menarik.

Selepas itu, kami menyambung semula topik yang dipelajari pada minggu lepas iaitu bab 2.


KONTRAK SOSIAL

Kontrak adalah perjanjian formal dengan syarat-syarat tertentu antara dua pihak atau lebih. Ia juga bermaksud dokumen yang mengandungi syarat-syarat perjanjian atau cabang undang-undang  yang berkaitan dengan kontrak. Sosial pula boleh ditakrifkan sebagai segala yang berkaitan dengan masyarakat, perihal masyarakat dan kemasyarakatan.


Tugas-tugas YDPA adalah :
1. Tugas mengikut nasihat
2. Tugas mengikut budi bicara
3. Pemerintah tertinggi angkatan tentera
4. Memperkenankan rang undang-undang
5. Pengisytiharan darurat
6. Kuasa pengampunan

BADAN PENTADBIRAN

BADAN KEHAKIMAN




DISEDIAKAN OLEH : AININ AFRIN BINTI NURULFAEZI
NO. MATRIK : 30DIB19F1025