Sunday, 23 May 2021

BILA VIRAL JADI VIRUS

PENGENALAN 


Seiring kepesatan teknologi dan gaya hidup yang semakin maju, minda dan perilaku masyarakat juga berubah. Masyarakat harini lebih banyak meluang masa di laman sosial, ditambah pula kecanggihan peranti dan gajet menjadikan mesej mampu disampaikan secara pantas. Viral antara satu fenomena yang semakin mudah tersebar . Dengan hanya memetik satu kekunci, kita berupaya tergolong sebagai penyebar maklumat yang kadang kala . diragui keahihannya. Golongan muda tidak berkecuali sebagai ejen penyebar mesej tersebut. Aplikasi sosial yang popular seperti Facebook, Twitter, Instagram dan Whatsapp adalah medium yang sering digunakan dan mempunyai ramai pengguna berdaftar di Malaysia berbanding beberapa aplikasi lain dalam menggalakkan fenomena ini merebak.  Sungguhpun isu viral banyak dilihat dari sudut negatif. Namun ada juga sisi positif yang membawa kebaikkan. Pendapat ini dinyatakan Timbalan Perdana Menteri di jabatan perdana menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dalam kolumnya di ruangan Cetusan-Sinar Harian pada 24 Februari yang lalu. Beliau berpendapat, amat dangkal jika ada yang mengeluh marah dengan aplikasi media sosial ini atau ingin sewenangnya mencadang mengharamkan terus penggunannya. Menurutnya, pelbagai media sosial kini hanyalah alat yang bolen dimanfaatkan untuk kebaikkan atau sebaliknya. Analoginya seperti bilah yang boleh sahaja diguinakan untuk perbuatan mungkar seperti membunuh dengan cara yang tidak sah ataupun dimanfaatkan untuk kebaikkan seperti memotong daging yang disedekahkan kepada yang memerlukannya. Tambahnya, Aplikasi media sosial seperti Facebook, Whatsapp, Instagram dan Telegram, boleh sahaja digunnakan untuk penyebaran ilmu dan dakwah hingga seseorang itu mampu mengumpul amal jariah yang berterusan sehingga Hari Kiamat walaupun jasadnya sudah mati. Sebaliknya jika aplikasi media sosial hari ini dijadikan alat penyebaran berita-berita tidak benar mahupun maklumat-maklumat berupa fitnah atau ghibah, nescaya kita boleh terjerumus dalam kancah dosa-dosa jariah atau istilah yang digunakan oleh Imam Al-Ghazali saebagai maksiat jariah.


OBJEKTIF PENULISAN

Satu perkataan yang besar dan semakin mendapat tempat dalam kehidupan tamadun komunikasi moden masa kiniBerasal dari perkataan VIRUS- sudah tentu minda manusia akan terfikir akan bahaya yang boleh merebak kepada manusia lain secara pantas.Viral dari aspek komunikasi: satu kuasa aliran komunikasi elektronik yang disebarkan secara pantas dan meluas secara interpersonal.


KEBAIKKAN 

Viral juga mempunyai kebaikannya. Antaranya ialah berita mengenai bantuan dapat disebarkan dengan cepat dan pantas. Untuk memudahkan pihak yang berkuasa menjalankan tugas mereka dengan bukti yang kukuh dan tepat.


KEBURUKKAN

Selain kebaikan, kita juga tidak di hindari dengan keburukan viral. Keburukan viral amatlah memberangsangkan dan dapat menimbulkan fitnah serta perbalahan. Keburukan viral kebanyakkannya daripada penyebaran berita-berita palsu.


FAKTOR 

Terdapat beberapa faktor yang membawa kepada tercetusnya isu viral terutamanya di media sosial seperti facebook, Instagram, twitter dan lain lain. Antaranya adalah berpunca dari diri individu yang pentingkan diri sendiri demi kepentingan dan kebaikan diri sendiri tanpa memikirkan kesan atau impak kepada orang lain. Selain itu, sikap individu yang suka menjatuhkan orang lain atau memfitnah. Individu seperti ini melakukan sesuatu tindakan tanpa mempedulikan perasaan orang lain yang mendapat kesan dari isu yang diviralkan.


Seterusnya, antara faktor lain berlakunya isu viral adalah disebabkan oleh tiada pemantauan penggunaan internet khususnya para remaja semasa menggunakan media sosial. Hal ini perlu dititikberatkan oleh golongan ibu bapa supaya anak mereka tidak terlibat dengan aktiviti yang tidak bermoral.


Di samping itu, sikap individu yang mudah percaya akan berita yang baru tersebar tanpa memikirkan kesahihan isu yang diviralkan. Terdapat juga individu yang taksub untuk menjadi penyampai pertama di media sosial sehingga tidak menkaji isu yang ingin diviralkan sama ada betul atau tidak. Oleh itu, sebagai seorang pengguna laman sosial yang bijak, kita hendaklah menapis dahulu berita-berita yang diperoleh sebelum berkongsi dengan orang lain di media sosial bagi mengelakkan isu yang diviralkan menjatuhkan air muka orang lain dan sentiasa berfikiran positif dengan apa sahaja berita yang diterima.


Hal ini sememangnya dilarang di dalam Islam, kerana ia adalah fitnah dan hukumnya berdosa besar. Allah S.W.T memberi amaran keras terhadap manusia yang melakukan fitnah terhadap manusia lain di dalam Al-Quran menerusi ayat (Al-Baqarah 2:17).


CARA MENGATASI VIRAL DAN FITNAH 


Pihak berkuasa perlu bertindak terhadap Individu atau pihak yang menyebarkan berita palsu dan fitnah, jatuh di bawah akta komunikasi dan multimedia 1998 pihak berkuasa boleh bertindak ke atas individu ataupun pihak yang sengaja meyebarkan berita palsu di media social demi kepentingan peribadi mereka.


Ibubapa juga perlu memantau kegiatan anak-anak di media sosial, supaya tidak terjebak ke kancah viral dan fitnah. Ibubapa perlulah lebih peka dan prihatin terhadap aktiviti anak-anak mereka di ruang media sosial pada setiap hari.


Setiap individu perlu bijak menapis berita-berita tertentu sebelum berkongsi dan menyebarkan berita tersebut. Dalam era ledakan maklumat pemilik-pemilik akaun mudah untuk berkongsi maklumat yang mereka dapat di media sosial, jadi mereka perlulah lebih berjati-hati dan bertanggunjawab ke atas berita yang mereka sebarkan kepada orang ramai.


KESIMPULAN 


Setiap individu atau sesuatu pihak mestilah bertanggungjawab terhadap beirta yang ingin mereka sebarkan kepada orang ramai. Hal ini kerana setiap berita atau maklumat yang disampaikan mudah tersebar di zman teknologi serba canggih ini. Pemikiran yang rasional dan waras serta tindakan yang bijak oleh seseorang individu yang menggunakan media sosial amat perlu dalam hal sebegini.



TRIMA KASIHHH


AHLI KUMPULAN :


ERSALINA EM DJOHANNE 




AININ  AFRIN NURULFAEZI 



MUHAMMAD FAREEZ MAHIRAN 





Saturday, 12 October 2019

Minggu ke-12

MINGGU KE-12



Pada minggu ini , 3 kumpulan telah ditugaskan untuk membentang tajuk-tajuk yang telah disediakan . Kumpulan yang pertama telah membincangkan tentang OIC .
OIC iaitu Pertubuhan Kerjasama Islam merupakan satu pertubuhan antarabangsa di kalangan negara-negara Islam yang mempunyai delegasi tetap ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) . Organisasi ini  terdiri daripada gabungan 57 negara-negara Islam seluruh dunia .
 Negara-negara ini telah membuat keputusan untuk memgumpulkan sumber mereka bersama-sama bergabung bersatu tenaga dan suara untuk melindungi kepentingan dan memastikan kemajuan dan kebajikan umat Islam di seluruh dunia .


Seterusnya , kumpulan kedua membentangkan tajuk Komanwel . Komanwel merupakan satu persatuan secara sukarela yang melibatkan negara-negara berdaulat yang berdaulat yang ditubuhkan atau pernah dijajah oleh pihak Britisah kecuali Mozambique (bekas jajahan Portugis) dan Rwanda (bekas jajahan Belgium) . 


Kumpulan ketiga pula telah mengupas tajuk PBB . PBB ditubuhkan selepas perang dunia ke-2 . Ibu pejabat asalnya di San Francisco tetapi telah dipindahkan ke New York pada tahun 1946 sehingga kini . Peranan PBB ialah menghapuskan dasar apartheid , membangunkan negara-negara mundur , menyelesaikan masalah pelarian , menyelesaikan konflik anatarabangsa dengan aman , membantu negara mangsa perang dan mengawal perkembangan persenjataan moden .

Thursday, 10 October 2019

JENIS-JENIS SEKOLAH DI MALAYSIA











MINGGU KE-13

KONSEP PENCEMARAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR.

Terdapat 9 jenis konsep yang telah kami memperlajari, antaranya ialah;
  • Penghutanan semula.
  • Mewartakan hutan simpan dan Negara.
  • Penanaman berteres.
  • Tanaman tutup bumi.
  • Penggunaan baja organik. 
  • Kaedah biologi.
  • Pertanian tetap.
  • Melandaikan cerun dan membuat tarahan.
  • Pembinaan tembok konkrit dan longkang konkrit.

PRINSIP PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR.
  • Penjagaan alam sekitar.
  • Pemuliharaan kesuburan tanah dan kualiti alam sekitar.
  • Kepentingan terhadap persepaduan dalam pelbagai aspek untuk mewujudkan kualiti alam sekitar.
  • Iltizam dan akauntabiliti terhadap kualiti alam sekitar.
  • Penentuan tentang kesesuaian dan keberkesanan pengguna sumber-sumber asli.
  • Penglibatan aktif di peringkat antarabangsa.
STRATEGI PENGURUSAN PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR.
  • Kualiti udara.
  • Kualiti sungai.
  • Bahan dan sisa berbahaya.
  • Sumber tenaga dan mineral.
  • Sumber pantai dan laut.
SISTEM PENDIDIKAN
  • Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah memperkembangan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan dari serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.






Disediakan Oleh: AININ AFRIN BINTI NURULFAEZI
No. Matriks: 30DIB19F1025



Tuesday, 24 September 2019

MINGGU KE-11


Pada minggu ini, kami perlu membuat perbentangan tentang tajuk yang telah diberikan oleh Miss Hana pada minggu lepas. Tajuk yang diberikan kepada kumpulan kami ialah Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Sebelum membuat perbentangan, kami telah membuat sedikit persiapan agar perbentangan berjalan dengan lancar dan mudah untuk kami menerangkan kepada rakan sekalas kami.











 Ini ialah slide yang telah disediakan untuk membantu kami menerangkan lebih mudah dan terperinci dalam tajuk ini.

Semasa membuat perbentangan, Miss Hana akan menyelitkan beberapa soalan kepada kami untuk kami menjawab dan mengaitkan jawapan tersebut dengan tajuk yang diterangkan.

Selepas kami membuat perbentangan, terdapat dua kumpulan lain yang seterusnya menyambung topik perbentangan yang diberikan .


 Kumpulan ini menerangkan tentang topik Belia Negara. Dasar Pembangunan Belia Negara dirancang untuk melahirkan generasi belia yang berpotensi untuk menyumbang kepada pembangunan negara . Dasar ini diwujudkan adalah untuk memastikan keupayaan belia menggembleng kekuatan, ketahanan pembangunan sosial, ekonomi dan politik negara.





DISEDIAKAN OLEH : NUR SYAHIRAH BINTI ZAINUDDIN
NO. MATRIK : 30DIB19F1027






Tuesday, 17 September 2019

MINGGU KE-10

PEMBENTANGAN TENTANG DASAR BELIA NEGARA


pada minggu ini, kumpulan Fillea telah membentangkan tentang Dasar Ekonomi Negara.
kami difahamkan pada tahun 2020, Syed Saddiq iaitu menteri belia dan sukan telah menetapkan umur belia adalah dari umur 15 tahun hingga 30 tahun.





































Tuesday, 10 September 2019

MINGGU KE-9

DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL (DPN)
LATAR BELAKANG:
Tahun 1990 menandakan berakhirnya Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama dan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dalam tempoh pelaksanaan DEB (1971-1990), ekonomi Malaysia telah berkembang dengan pesatnya walaupun menghadapi pelbagai cabaran. Sesuatu yang tidak boleh disangkal adalah walaupun pencapaian DEB bukanlah satu kejayaan yang menyeluruh namun banyak kejayaan yang telah dicapai. Jelas bahawa proses socio economic engineering DEB ini memerlukan masa yang lebih lama daripada apa yang telah diperuntukkan dengan mengambil kira kesan-kesan daripada pergolakan dunia amnya.

OBJEKTIF:
Perpaduan negara akan terus menjadi matlamat terakhir DPN kerana masyarakat yang bersatupadu adalah penting untuk memperkukuhkan lagi kestabilan sosial dan politik dan mengekalkan pembangunan ekonomi yang berterusan. DPN menetapkan satu langkah ke arah membolehkan Malaysia mencapai taraf sebuah negara yang maju dalam semua segi iaitu dari segi keadilan sosial, nilai, etika dan  moral, kestabilan politik, kualiti hidup, kecekapan pentadbiran kerajaan dan kecemerlangan ekonomi.


STRATEGI PELAKSANAAN:
  1. Mewujudkan keseimbangan yang optimum di antara matlamat pertumbuhan ekonomi dengan pengagihan yang saksama.
  2. Memastikan pembangunan yang seimbang bagi sektor-sektor utama ekonomi untuk meningkatkan daya saling melengkapi antara sektor bagi mengoptimumkan pertumbuhan.
  3. Menggalak dan memperkukuhkan integrasi nasional dengan mengurangkan jurang ketidakseimbangan yang luas dalam pembangunan ekonomi antara negeri dan antara kawasan bandar dan luar bandar.

PROGRAM PELAKSANAAN:
Hasil pencapaian yang berkualiti dan berkekalan Pendekatan yang lebih terpilih akan dibuat dengan mengambil kira keperluan untuk mencapai hasil yang berkualiti dan berkekalan. Dalam proses menghapuskan kemiskinan di kalangan golongan termiskin dan juga mengurangkan ketidakseimbangan, penekanan akan diberikan kepada aspek-aspek pendidikan dan latihan sebelum bantuan diberikan.

PENUTUP:
Seperti DEB, DPN akan meneruskan usaha-usaha mengurangkan ketidakseimbangan ekonomi bukan sahaja di kalangan kaum etnik tetapi juga di antara golongan kaya dan miskin dan antara wilayah. Ketidakseimbangan ekonomi ini akan dapat dikurangkan berasaskan prinsip pembangunan seimbang dan pengagihan yang saksama untuk mencapai keadilan sosial dan memperkukuhkan perpaduan negara.

Disediakan Oleh: AININ AFRIN BINTI NURULFAEZI
No. Matriks: 30DIB19F1025